Aku pun bsuhla berak dia. Tiba2 pakcik bini sound aku. “Hei, ni kerja org pmpuan la”. Ak pun sound dia balik.

Assalamualaikum semua. Click bait tak title aku? Kahkahkah. Ini hanyalah bebelan pagi aku sementara tunggu anak bangun tidur. Sekarang lepas subuh harapan la nak tidur. Kemas rumah, lipat baju,basuh baju lagi seround,sidai lagi. Bini aku anti dryer.

Dryer ni baju cepat rosak sikit kata dia. Lepas dah siap duduk atas sofa, admire rumah yang kemas tu sambil minum milo panas. Bila makhluk berbadan kecil yang banyak tenaga tu bangun kau bagi dia masa 5 minit je, habis tunggang terbalik rumah yang kemas ni.

Aku pernah tulis beberapa confession dulu. Paling latest sekali Isteriku Budak Silat,
Tujuan aku tulis ni sebab aku selaku kacukan Nismilan Klate triggered dengan statement manusia-manusia yang bukan dari Klate yang semua benda buruk nak salahkan Klate. Terutama sekali bila bab suami. Mujur Aliff Aziz tu bukan dari Klate. Kalau ye, makin terpalit tahi lah nama-nama suami berbangsa Klate diseantero Malaysia ni.

Aku dibesarkan oleh mek aku dan abah. Mek aku memang bab kebersihan agak cerewet. Dan kami adik beradik semua lelaki 4 orang dan adik perempuan aku sorang dididik untuk jaga kebersihan rumah. Macam mana tahap bersih mek aku? Aku dari kecik dah kena ragging basuh toilet pakai berus gigi.

Pantang tok nenek dia nampak celah2 tile tu ada kuning. Bila masuk sekolah asrama senior suruh basuh toilet pakai berus gigi aku steady je. Paling cilanat, berus gigi sama dia suruh berus gigi kau pulak depan dia. Eiiii… Meremang bulu tengkok aku ingat balik.

Dari kecik mek aku pantang kalau tidur ada pinggan tak basuh. Baju dah lipat tak simpan. Sampah kat dapur tak buang. Siapa yang disuruh tak buat siap la kau telinga kena perah esok. Perah pastu dia tarik naik. Berjengket kaki kau tahan sakit.

Abah aku memang bukan lelaki tipikal lah. Kalau mek sakit abah boleh buat semua. Dari masak sampai la kemas rumah lipat baju. Kalau mek sihat, kerja abah balik kerja siram pokok. Bersihkan sawang. Pastu habit abah aku perhati dari kecik, bila sampai dari office dia akan tanya mek.

“Dah mandi ke dah solat?”. Kalau mek jawab belum dia akan suruh mek pergi mandi dan solat. Apa mek buat dia akan sambung. Kalau mek jawab dah dia suruh mek pergi rehat dan apa mek buat pun dia akan sambung. Abah dan mek aku memang dah letak contoh yang baik untuk kami anak beranak.

Family belah abah aku pulak, kalau pergi kenduri kau akan nampak budaya kau lelaki ke kau perempuan ke kau sama-sama tolong. Perempuan ni selalu akan siapkan bahan nak masak. Bawang halia cili semua tu sambil membawang. Daging ngan ayam yang lapah, potong dan bersihkan lelaki. Yang duduk kat dapur masak lelaki.

Masa kenduri yang hidang, basuh pinggan mangkuk dan kemas lelaki. Perempuan kerja dia bagi doorgift dan buat benda yang perempuan paling terrer sekali. Bagi arahan suruh topup lauk ke kemas meja ke dan lain-lain. Kadang-kadang head chef perempuan. Kalau masa kenduri yang lelaki semua pakai selebet selimpang towel good morning. Perempuan je yang sedondon bagai.

Belah mek pulak. Kalau kelik Klate, rumah tok dengan aki aku memang kemas walaupun rumah papan. Barang pun tak banyak. TV jenis petak yang kau kena ketuk tepi dia nak dapat siaran. Masa tok dengan aki masih ada, kalau anak-anak balik tok duduk dapur bagi arahan je. Semua anak menantu buat.

Sebab budaya ni memang tok dengan aki aku dah ajar anak-anak dia dari kecik. Perempuan kat dapur. Lelaki akan tolong kemas-kemas rumah. Terutama sekali bawah rumah. Pastu tebas apa yang patut keliling rumah. Aku masa kecik sampai kena kutu babi kat mata sebab pergi menebas dengan ayah ngoh ayah long aku.

Mek aku cerita masa kecik diorang miskin. Aki dengan tok dua-dua kerja kampung. Jadi yang uruskan rumah dan jaga adik-adik memang abang-abang dia. Aki dengan tok balik dan siap dah ubi kayu celur, ikan goreng atau telur goreng cicah budu. Makan ramai-ramai.

Rumah pun masa tu pakai minyak tanah je. Makcik aku pernah terbakar peha dia masa kecik sebab main lampu pelita. Masa nak kahwin mak aku cerita dia punya lah risau malam pertama takut kena reject bila laki dia nampak parut kat peha dia. Sekarang anak 10 dah.

Eh melalut pulak. Ini sebabnya kadang-kadang bini aku keluar jurus silat dia ni. Suka off track.

Bab kenduri kat Klate culture dia lain pulak. Perempuan memang buat serba serba serbi. Laki hidang je. Ini aku perhati kat rumah sedara belah aki atau tok. Cuma kalau kat Klate pakai pinggan pakai buang je… hehehehe…

Masa aku nak merisik dan bertunang, ayah long, ayah ngoh semua adik beradik mak dari Klate dan negeri lain turun ikut rombongan. Ayah long punya nasihat kat aku “Tino mu kijo. Mu tok laki keno tulong kijo2 rumoh ni. Mu hok seney. Male2 ayah long confirm mu tok keno reject. Mitok la bilo pong.

Kalu tino mu letih. Malas dia laye ke mu.” Walaupun nasihat agak 18 xx tapi bak kata mat saleh I get his point. Tired wife is unhappy wife. Tak kan kau asyik nak pakai dialog “Isteri wajib bagi sebab syurga dia kat suami”.

Ni aku nak bukak cerita pasal roomate aku pulak. Kau tau la kan rumah bujang macam mana. Kat rumah aku yang paling pengotor Klate. Yang paling pembersih pun Klate. Dua2 ni pure blood la bukan macam aku. Level kecek Klate aku kena bahan je dengan diorang. “Mu kecek supo Siye.” Kuajaq.

Jadi dari semua cerita aku ni, kau nak conclude ke semua lelaki Klate ni pemalas? Aku tulis ni kenapa tau tak. Semalam aku bersosial dengan family belah bini aku. Kenduri lepas akad nikah. Diorang kan orang Ki iLLL. Moden la sangat. Mata naik atas tangan kat bahu.

Tengah kenduri anak aku berak. Busuk gile. Memang tugas basuh berak ni aku yang buat melainkan aku tak ada. Anak aku ni dia punya lasak memang tak tahu la nak cakap apa. Jadi kalau keluar bini aku dengan tudung nye, baju lengan panjang macam tak sesuai kan nak basuh berak. Semalam pakai baju kurung pulak. Bini aku keluarkan la pampers, plastik untuk bungkus pampers busuk namatey tu dengan towel kecik. Tunggu depan pintu toilet.

Aku sinsing seluar nak masuk toilet bawa anak aku. Pakcik dia dari jauh boleh jerit “Hei S. Apa ni? Ni kerja orang perempuan”. Bini aku punya segan. Dia suruh aku pergi depan. Terpaksa aku guna kuasa veto suami. ” Awak pergi depan sekarang. Saya arahkan awak pergi depan sekarang”

Masa aku duk keringkan bontot anak aku nak pakaikan pampers pakcik dia perli-perli. ” Amenda kau S. Kena makan nasi kangkang bini ke??? Kahkahkah.. Boleh tahan queen control El ni..”

Aku jawabkan sesopan mungkin. “Dah tu Pak Uda, sama sama sedap sama sama la jaga.” Dia perli perli lagi. Kalau aku balik Klate, benda ni tak pernah pun la jadi isu. Aku jadi panas. Kenapa bila lelaki ni nak buat benda-benda macam ni kau akan anggap lelaki tu kurang kejantanan. Ikut hati aku nak je ungkit yang pakcik dia tu takde anak lelaki. Korang tahu kan mitos dapat baby lelaki dengan baby perempuan apa?

Satu lagi benda buat aku panas kalau anak aku berak. Kenapa tempat tukar pampers budak kau buat kat toilet perempuan? Siap letak signage dads and grandads not allowed. Aku faham nak selitkan dengan tempat menyusu. Tempat menyusu tu buat la bilik berkunci macam fittings room. Lelaki tak tukar pampers anak ke? Mall punya la canggih. Tapi sxist. Kalau mall lama aku paham jugak. Ni mall baru kot. Kami lelaki pun nak basuh berak anak!

Aku ni bab romantik memang langsung tak. Celebrate birthday ke anniversary ke memang not my style. Nak bagi bunga ke apa lagi la eiiii lagi la not my style. Bini aku yang budak silat tu pun kadang2 merajuk. Tapi aku cakap camni je kat dia “Bagi bunga tapi basuh berak pun taknak buat apa.” Atau “Awak nak saya romantik ke awak nak saya rajin tolong awak?” Aku tak reti la bab tu.

Kerja rumah all in semua aku reti la. Satu je fail. Bab stylekan anak. Tiap kali lepas aku siapkan anak mesti bini aku marah. Tak comelke pakai baju biru, seluar hijau, rambut sikat tepi, baju tuck in dengan bedak kat pipi? Sampaikan sekarang dia dah gumpalkan baju sekali ngan seluar. Bab finishing stylekan anak aku bagi bini aku buat.

Sebelum makin panjang luahan aku ni baik aku conclude. Chauvanist ni bukan dari Klate je. Ada dalam semua negeri. Jadi tak payah la semua chauvanist kau nak salahkan Klate. Salahkan orang tu sendiri dan cara dia dibesarkan. Sekian bebelan. Nanti aku sempat aku sambung membebel lagi.

Good day everyone! And make it productive!

– Edisiharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*