“Dia marah bersebab…” – Punca sebenar dikenal pasti, CEO Felcra Turun Padang, Pekerja Habis Kena ‘Sembur’

Ketelusan dalam menjalankan tugas oleh setiap kakitangan kerajaan amatlah dituntut kerana berurusan dengan masyarakat. Tanggungjawab yang diamanahkan mestilah dilaksana kerana melibatkan ramai golongan. Paling utama adalah mereka yang berjawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.

Menerusi satu muat naik viral di Twitter, di dakwa pegawai operasi Felcra Sdn. Bhd sedang memarahi sekumpulan pekerja yang berada di sebuah ladang kelapa sawit. Video rakaman tersebut viral dan dimuat naik oleh satu akaun yang dikenali sebagai lovelydarshan

Siapa dekat sini pernah ada pengalaman kena tengking dengan bos? Mesti rasa takut, seram, scary dan nak terkencing pun ada kan? Selalunya bila korang kena marah dengan bos ni ada dua sebab je. Satu sebab korang memang buat salah dan lagi satu bos korang memang tengah hangin satu badan.

Tapi tindakan Chief Operating Officer/Executive Officer (CEO) Felcra Berhad telah mengejutkan ramai pihak. Dalam satu video yang viral di Twitter, CEO tersebut dilihat memaki hamun pekerjanya atas satu kesalahan yang dilakukan di ladang.

“Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi CEO”

Menerusi video tersebut, CEO terbabit dilihat sedang menerangkan kesalahan pekerja ladang yang membuang beg baja kelapa sawit. Beliau di dalam video tersebut menegur pekerjanya supaya jangan mengambil jalan mudah dalam melakukan pekerjaan.

Korang semua selalu ambil jalan mudah. Ikut orang aje, tak pernah nak lawan! Terangkan! Bukan duduk office! Terangkannn!”

Pekerja yang berada di dalam video tersebut nampak kecut perut dan seorang pun tak berani menyampuk kata-kata CEO tersebut! Aiyokkkk!
“Mulut macam longkang. Tengking macam la pandai sangat”
Rata-rata netizen yang melihat video ni nampaknya tak bersetuju langsung dengan pendekatan yang digunakan CEO Felcra tersebut. Dia dilihat sangat kasar dengan pekerja dan siap ada yang cakap dah macam Hitler pulak marah-marah pekerja bawahan gitu.

Sumber: Twitter
“Aku side CEO Felcra ni, dia marah staf Felcra kerja makan gaji buta”

 

Dalam video yang berdurasi tak sampai satu minit ini, banyak spekulasi boleh timbul kerana kita tak tahu pucuk pangkal cerita. Disebabkan itulah ada di kalangan netizen yang memilih untuk berpihak kepada CEO terbabit kerana bagi mereka ada sebab dia marah-marah macam tu.

Sumber: Twitter
Ini pulak antara komen pekerja sendiri dan gambar mereka ketika CEO tersebut buat training dengan pekerja di ladang.

Sumber: Twitter
So apa pendapat korang mengenai isu ni? Wajar ke tak wajar pekerja-pekerja ladang tu kena hamun dengan CEO mereka sendiri? Bagi admin, kalau benda ni membawa kepada perkara positif, ada baiknya jugak.
Mohd Nazrul Izam dilantik CEO baru Felcra Bhd

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Teras Dara Konsortium Sdn Bhd, Mohd Nazrul Izam Mansor dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Felcra Berhad baru berkuat kuasa Isnin ini.

Pengerusi Felcra Berhad Datuk Nageeb Wahab berkata pelantikan Mohd Nazrul Izam, 43, adalah bagi menggantikan Datuk Zulkarnain Md Eusope yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Beliau berkata kontrak Zulkarnain sepatutnya berakhir pada Julai tahun depan, namun atas persetujuan bersama beliau mengundurkan diri lebih awal.

“Bermula hari ini Datuk Zulkarnain akan mengundurkan diri sebagai CEO Felcra Berhad. Ini atas persetujuan bersama beliau dengan pihak Lembaga Pengarah Felcra Berhad dan juga Jabatan Perdana Menteri.

“Sebagai penggantinya Kementerian Kewangan telah melantik Mohd Nazrul Izam bermula 22 Okt ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Felcra Berhad di sini, hari ini.

Nageeb berkata Mohd Nazrul Izam yang merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam pelbagai bidang, termasuk perladangan dan hartanah.

Sementara itu, Mohd Nazrul Izam berkata beliau berharap mendapat sokongan dan kepercayaan untuk membawa Felcra Berhad ke tahap lebih tinggi selain meningkatkan lagi hubungan dengan peserta Felcra.

Dalam pada itu, Nageeb berkata Lembaga Pengarah Felcra Berhad juga bersetuju untuk membuat audit pengurusan dengan segera supaya dapat merancang hala tuju syarikat itu.

“Lembaga Pengarah bersetuju audit pengurusan diadakan supaya kami boleh menentukan di mana kedudukan Felcra hari ini. Jika ada yang melakukan kesalahan dan sesiapa pernah terlibat dengan masalah mereka harus berhenti,” katanya.

sumber: lobakmerah.com, fmt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*