Seorang Lelaki Dilihat Membentang Tikar Di Tengah Laluan Pasar Malam Dan Waktu Itu Hampir Masuk Waktu Maghrib

Kelantan Negeri Serambi Mekah dikatakan negeri di perintah oleh Kerajaan Islam. Tidak ada negeri yang lebih Islamik di Tanah Melayu kecuali negeri itu.

Jika bermudik di negeri yang dinamakan Negeri Serambi Mekah itu, maka terbentanglah bukti keIslamannya. Apa tidaknya, bangunannya semuanya bercorakkan Islam, rasa seperti di tanah Arab.

Pun begitu, di tanamlah juga pokok-pokok kurma di ibu negeri itu walaupun tidak berbuah biarpun berulang kali musim kurma di Madinah sudah berakhir.
Bentang Tikar Sembahyang Di Tengah Laluan Pasar Malam
Pasar malam Kuala Krai di Kelantan ketika hampir dengan waktu maghrib, penguatkuasa tiup wisel supaya urusniaga jual beli dihentikan seketika dan bersedia untuk solat Maghrib.. Dibentangkan tikar supaya pengunjung dan peniaga sama2 solat berjemaah.. AllahuAkbar

Jika anda memang tinggal di Kelantan, perkara ini bukan perkara asing. Ini memang telah dilaksanakan lama dan rata rata peniaga mengikut.

Ini perkara yang baik dan mereka hanya berhenti berniaga dalam tempoh 10-15 minit sahaja. Ini tidak menjejaskan perniagaan mereka malah ia akan jadi lebih berkat. Insyallah.

Perkara ini harus dicontohi di negeri negeri lain sebenarnya.

Kenapa hanya waktu Maghrib? Ini telah dijelaskan kerana waktu Maghrib sangat singkat berbanding dengan waktu waktu solat yang lain.

Semoga apa yang dibuat akan berkekalan sampai bila bila. Tahniah Kelantan ..

Video Adik Ini Laungkan Azan Di Tengah Tengah Pasar MalamĀ 

Sedap adik ni azan kat pasar malam Kuala Krai di Kelantan. Ketika hampir dengan waktu maghrib, penguatkuasa tiup wisel supaya urusniaga jual beli dihentikan seketika dan bersedia untuk solat Maghrib.. Dibentangkan tikar supaya pengunjung dan peniaga sama2 solat berjemaah

Sumber : KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*