Video – Curiga Lihat Pembantu Rumah Bawa Air Kotak Pulang Ke Indonesia, Bila Diperiksa Penuh Duit!

Perkara normal bagi sesebuah keluarga untuk memiliki pembantu rumah warga asing di Malaysia ini, terutamanya daripada Indonesia. Sesetengah orang tak treat pembantu rumah macam orang gaji pun, tapi macam ahli keluarga sendiri lagi-lagi kalau pembantu rumah tu dah lama kerja dan menetap di rumah mereka.

Menerusi Facebook Nicole Lew, wanita tersebut mengamuk gara-gara pembantu rumahnya mencuri kesemua ‘ang pou’ anaknya. Majikan mana yang tak mengamuk kan.

Jangan pandai cucuk, tak payah

Menerusi World Of Buzz, pembantu rumah itu baru sahaja menamatkan perkhidmatannya di negara ini dan sudah bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum wanita tersebut memberinya tiket perjalanan ke lapangan terbang, dia melihat pembantu itu berkelakuan aneh kerana membawa dua kotak minuman bersama. Bermula dari detik itu, pembantu tersebut kantoi bahawa dia telah mencuri ‘ang pou’ anak majikannya.

Ini tak cukup banyak ka?

Pembantu rumah tersebut didapati telah mengosongkan minuman berkenaan dan memasukkan wang dari bahagian bawah untuk mengelakkan pengesanan. Wang kertas terdiri daripada Dolar, Singapura dan Yuan, China, itu disyaki dicuri selepas sambutan Tahun Baru Cina. 

Difahamkan, Nicole dan suaminya telah memberikan anak mereka satu ‘ang pau’ yang mengandungi Dolar Singapura bernilai RM6,000. Malangnya, ‘ang pau’ tersebut digantikan oleh RM10. 

Bawa balai polis

Katanya lagi, video yang dirakam adalah bertujuan sebagai bukti dan meningkatkan kesedaran buat majikan yang mempunyai pembantu rumah.

Rata-rata netizen yang melihat video memberikan reaksi dan dan berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan pembantu rumah.

Teringat bibik aku dulu. Hari last dia nak balik, mak aku baru perasan cincin gelang banyak hilang. Nasib baik emas Zhulian  mesti dia menyesal nak cari tempat sadur

Member aku dulu maid dia sorok barang kemas dlm cake. Konon cake nak bawa bekal atas kapal,sekali anak dia potong mlm sebelum maid dia nak balik tu,terjumpa cincin bagai. Walhal maid tu kerja dengan dia lebih 2 tahun dah.

P/s : not the same case dengan yang viral beberapa tahun lepas. Ni case tahun lepas,kantoi sblm maid naik flight lagi. Case yg viral tu rasanya maid dia sempat naik flight.

Teringat pasal maid sape entah yg dia bakar emas sekali dgn kek. Masa otw ke airport maid tu menangis nangis sbb lupa nak bawak kek tu balik ke kampung dia Boss dia kata takpe beli lain kat airport. Rupa2nya dalam kek tu ada emas dia sorok dlm kek tu berhuhuhu lah wehhhh

P/S: Clever clever squirrel jump, finally fall on the ground alsooooo~

Kredit: ohbulan

Sumber: nicole Lew & World Of Buzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*