Antara Asar membawa ke Maghrib, perut saya akan kembung dan membesar – Awie

SEPULUH hari terlantar di hos pital, apa sebenarnya penyaa kit yang dihidapi Datuk Awie? Walaupun sudah melakukan pemeriksaan rapi oleh doktor yang merawat, dia bagaimanapun masih bergelut dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu. Melihatkan keadaan semasa ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian perutnya. Rawatan rapi telah dibuat namun doktor tidak menemui punca sebenar penyya kit yang menyerangnya ketika ini.

“Selepas Asar membawa ke Maghrib, perut saya akan kembung dan membesar. Bahagian belakang pula terasa seperti dicucuk dengan lembing yang membara,” katanya ketika ditemui MHE TV hari ini.

Alhamdulillah Awie Ok

“ALHAMDULILLAH laporan kesihatan semuanya okey, cuma selepas ini saya nak cuba buat rawatan alternatif pula,” kata vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie berhubung tahap kesihatannya sekarang.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berharap dapat keluar hoss pital segera.

“Insya-Allah selepas ini nak cuba juga rawatan lain. Mana tahu ia boleh membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Awie dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang, Selangor sejak enam hari lalu selepas mengadu sesak nafas dan saa kit di bahagian atas perut, dada serta belakang badan.

“Sebelum ini saya mengalami fasa perut kembung hingga sesak nafas. Itu yang saya tak tahan dan terus dibawa ke hosp pital.

“Apabila dimaklumkan laporan kesihatan okey saya pun lega. Saya sudah boleh berjalan tetapi dalam keadaan lemah.

Ditanya sama ada penya akit itu ada kaitan dengan perkara mistik sepertimana yang pernah berlaku terhadapnya sebelum ini, Awie tidak menolak kemungkinan perkara itu.

“Saya tak nak tuduh sesiapa, tapi mungkin ada berkaitan dengan perkara sebegini,” katanya.

Terdahulu, Awie menerusi syarikatnya Awie Entertainment Sdn Bhd memuat naik kenyataan di Instagram memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam semalam.

“Dengan rasa berat hati dimaklumkan tahap kesihatan Datuk Awie tidak mengizinkan beliau untuk memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya sempena Pesta Pulau Pinang.

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Datuk Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya,” kata kenyataan itu.

sumber: MHE tv via metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*