“Dah Macam Fazura Suara Garau” – Motif Viral Kecoh Jumpa ‘Lelaki Tercantik Dunia’

Selalunya sifat cantik ataupun jelita hanya ditujukan kepada kaum Hawa sahaja. Namun sejak wajahnya semakin viral selepas tamat perlawanan akhir Piala AFF Suzuki antara pasukan Malaysia dan Vietnam pada 11 Disember lalu, ramai wanita yang mengalah dan menyatakan sendiri bahawa jejaka bernama Abdussalam Firdaus Abdul Aziz ini memang seorang lelaki yang cantik.

Yang lebih mengejutkan lagi, pemuda berusia 22 tahun itu sudah terkenal di beberapa negara luar walaupun tidak sampai sebulan lagi berita tentang penemuan wajahnya. Perkara ini menyebabkan dia juga sudah mendapat jolokan sebagai ‘Lelaki Yang Tercantik di Dunia’.

Romania

Indonesia

India turut berminat

Ghana bagi gelaran lelaki tercantik di dunia

Rentetan daripada penularan berita-berita tersebut, anak bongsu daripada tujuh beradik ini telah diundang ke program temubual sensasi Motif Viral untuk mengupas lebih lanjut tentang kisah peribadinya.

Lelaki Dihalau Dari Stadium Kerana Disangka Wanita?

 

Menurut Abdussalam, dia memang sudah biasa disalahertikan sebagai seorang perempuan sejak dari kecil lagi kerana ikut ‘sebiji’ dengan muka ibunya. Jika berambut pendek, dia akan digelar seperti ‘p3ngkid’. Jika membela misai pula, dia akan digelakkan orang kerana mempunyai misai seperti ikan keli.

Wajah kalau rambut pendek

Ternyata setiap perkongsian daripada pemuda yang berasal dari Sepang ini membuatkan ramai tidak kering gusi dan terhibur dengan kisah hidupnya.

Sapa yg crush kt lelaki cantik ni,befday dia 13/7. 😝 *kantoi kt photostate ic tu. Hehe

So pretty not fair

Tergugat lah sajat selepas ni ada lelaki lagi cantik dari dia Hahaha

Sumber: Kisah Dunia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*