Dua Beradik Berbaju Sekolah Dijumpai Menyelongkar Sampah Di Pasar Port Klang. Kisah Mereka Ini Buat Ramai Sebak

Kita selalu dengar orang kata hidup ni ibarat roda, kadang diatas kadang dibawah namun bila diatas jangan terlalu mendongak kelangit takut nanti sakit bila jatuh di bumi.

Itulah yang dinamakan kehidupan, tak semuanya indah tak semuanya cerah.

Kisah yang dikongsikan pemilik akaun facebook Mohd Syahrizzad ini pasti akan membuatkan korang lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki.

“Dek! adek buat ape ni…”

Macam biasa hari2 530-0600 aku gi pasar nak beli barang meniaga. Keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah. Aku keluarkan phone record budak2 ni.

Sebelum nak chow tu aku panggil “dek! adek buat apa ni.. “ dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit. “Carik barang nak jual bang, nak buat duit belanja sekolah… “

Benda ni pun aku ada share kat story instagram and dapat banyak feedback dari kawan2.

Sebelum aku chow aku tinggalkan sikit duit belanja and aku rasa aku ada “MISI”.

“Semua nak ke puncak tapi, Tak semua sanggup menghadap susah” di Pasar Port Klang

Rata-rata netizen yang baca perkongsian mendoakan kesejahteraan adik berdua ni dalam mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Malah mereka cukup tersentuh melihat apa yang kedua-dua anak kecil ini lalui.

Berikut antara komen dan keprihatinan yang ditunjuk oleh masyarakat dan netizen

” Anak-anak ni memahami kesusahan orang tuanya…insyaallah akan jadi anak-anak yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Skuad cari asnaf boleh la interview keluarga ni. Permudahkan urusan mereka ya Allah, amin ya rabbal alamin..”

” Insyaallah benda yang baik walau sekecil mana pun Allah akan nampak. Anak-anak macam ni lah yang akan berjaya sebab mereka tahu erti kesusahan hidup yang akan membakar semangat untuk terus berjaya. Aminn semoga dipermudahkan urusan seharian…”

” Semoga ada tangan-tangan membantu adik ni..pedih plak mata aku pagi-pagi ni. Siapa pun semoga adik ini dimurahkan rezeki. ..”

” Sedihnya bila baca info ni. semoga dilimpahkan rezeki yang banyak untuk mereka berjaya dalam pelajaran. Semoga ada tangan-tangan yang sudi membantu adik ini. Kita tak tahu apa masalah keluarganya…”

” Semoga ada sinar menanti kamu sayang..”

Ya Allah Ya Tuhanku, kau berkatilah kedua-dua anak kecil ini, kau permudahkanlah perjalanan hidup mereka, semoga mereka menjadi anak yang berguna kepada kedua orang tua..amin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*