Ini jawapan ‘adinda’ Nurul Izzah kepada Mujahid

SETELAH empat hari, akhirnya bekas Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberikan reaksi yang dinanti-nanti berkaitan surat terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuknya.

Menjawab artikel berita NSTP yang Mujahid mendakwa, ia adalah surat yang jujur yang ditulis daripada seorang ‘senior’ kepada seorang ‘junior’, Nurul Izzah berkata, walaupun surat itu mempunyai niat baik tetapi beliau menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya.

“Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar,” kata Nurul Izzah dalam Tweetnya hari ini.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi media sosial Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Nurul Izzah balas surat: Mujahid berahsia

HUBUGAN kekeluargaan yang akrab menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menulis surat terbuka dengan panggilan mesra ‘kanda dan adinda’ kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Mujahid berkata, surat terbuka yang dikarang menggunakan perkataan Melayu klasik itu adalah perkara lazim, berikutan beliau amat menghargai dan meminati nilai sastera.

“Saya tidak sangka surat itu akan menjadi ‘trendy’ sedangkan ia hanya satu surat yang jujur daripada ‘senior’ kepada ‘junior’, malah hubungan keluarga saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga amat rapat sejak sekian lama.

“Saya menyaksikan pendakian Nurul Izzah dalam politik, sudah tentu ia satu kejutan apabila beliau tarik diri daripada jawatan tertinggi parti.

“Ini juga bukan kali pertama saya tulis menggunakan bahasa sastera begini, di Parlimen pun ramai yang tahu saya suka berpantun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Program ‘Rahmah’ di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown hari ini.

Ditanya adakah Nurul Izzah membalas warkah terbuka itu, Mujahid berkata, perkara itu adalah rahsia dan ia tidak akan dimaklumkan.

Beliau juga sudah ‘biasa’ dengan sikap netizen yang mempersendakan tindakannya yang menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah.

“Saya sudah biasa dengan perangai netizen. Saya anggap perkara ini menarik.

“Mereka sepatutnya berterima kasih kepada saya. Kerana sayalah sekarang semua orang menggunakan perkataan kanda dan dinda,” katanya.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi media sosial Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*