“Nikmat Dunia Kanak2 Yg Semakin Di Tinggalkan Oleh Budak2 La ni” – Reaksi Netizen Saat Melihat Foto Terbaik Dunia Ini

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri lahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Pdg, Midin, Kuala Terengganu.Ucapan itu dizahirkannya susulan gambar pelajar itu bersama kerbau menarik perhatian dan memukau pandangan beliau.

Katanya, rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.

“Tahniah & Syabas anakanda pelajar SMK Pdg. Midin, K. Terengganu.”

Katanya lagi “Rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani”

Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.

Katanya lagi “Sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.”

Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21.

Difahamkan gambar pelajar berkenaan itu diambil di Terengganu, kerbau-kerbau berkenaan merupakan kerbau peliharaan ayahnya. Difahamkan jurufoto yg mengambil gambarnya telah memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia.

Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan. Saya ucapkan Syabas & Tahniah!

Ramai netizen yang meninggalkan komen2 saat melihat foto terbaik dunia ini. Antaranya;

Syas Yana: Ni baru dinamakan ‘ kehidupan’…pengalaman indah yg pasti xkan luput dari ingatan bila besar..
Bukan 24 jam phone kt tgn..

SH.shainie : Teringat masa kecik dulu, ikut pakcik bersama sepupu yang lain cari kerbau. Memang best. Jumpa tali air , lempar joran dari buluh tangkap ikan. Zaman tu kerbau berkubang kita dok kacau🤣, zaman basah kuyup mandi hujan, memang seronok sangat. Seronok dengan alam. Seronok dengan kawan-kawan. Mainan kita teng-teng, lempar guli, baling selipar tiga segi (ntah apa nama mainan ni), batu seremban. Gaduh, nangis sama kawan-kawan tapi tetap akhrab. Hari ni gaduh besok main sama. Zaman telah berubah…sekarang kawan anak-anak kecil adalah gadjet.

Uwaimir: budak,zaman skrg xkan dpt rasa dan jumpa suasana kg yg seperti dulu, rindu dan tenang bila teringatkan zaman ketik kanak2, yg mana masa yg terluang diisi dgn aktiviti2 panjat pokok mangga, kelapa, main layang2, curi2 berenang, main tepak, guli, getah,main selipar, umban tin kosong, eh banyak lg la…
Syuzaie Razak: Nikmat dunia kanak2 yg semakin di tinggalkan oleh budak2 la ni

Kredit buat jurufoto : Dollah Deen Photography Via Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*