Penduduk Kulim Berzikir Beramai-ramai Halang Konsert Tahun Baru..

RATUSAN penduduk memakai jubah dan kopiah putih berdiri sambil berzikir di Desa Aman, Kulim katanya bagi menghalang penganjuran konsert tahun baru 2019 difahamkan oleh sebuah premis milik syarikat dari China.

Dalam rakaman video yang tersebar, kedengaran suara orang ramai menyebut kalimah “Lailahaillallah,” (Tiada tuhan disembah melainkan Allah) berulang kali sambil berdiri di hadapan sebuah bangunan yang dipercayai sebuah pasaraya.

Berdasarkan video tersebut, terdapat beberapa individu dipercayai penyokong PAS kelihatan memakai baju ARC (kelab motorsikal PAS) berwarna hijau.

Selain itu kelihatan juga individu-individu memakai pakaian seragam Unit Amal PAS berwarna merah maroon.

Menurut individu yang mengirim video berkenaan, tanah yang menjadi tempat protes penduduk itu, termasuk antara beribu ekar yang telah dijual kepada Syarikat dari China ketika zaman Najib masih sebagai Perdana Menteri.

Dakwanya lagi, ketika itu penduduk kampung menerima bayaran RM100 bagi setiap kaki persegi tanah yang dibeli.

Di bawah ini rakaman video protes tersebut, sila klik untuk menonton video.

Walaupun menerima bantahan dari penduduk, konsert tahun baru itu tetap juga diadakan di dalam sebuah dewan, dan dibuat secara tertutup.

Sumber: Milo Suam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*