Siapa Sebenarnya Baby Comel Yang Selalu Didukung Mira Filzah Dalam Drama Pujaan Hati Kanda Akhirnya Terjawab

Baby Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda ni memang comel, geram min tengok pipi dia..gebu macam pau dah…hehehe. Kepada mereka yang mengikuti siri drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi comel. Menerusi drama berkenaan, bayi tersebut dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan. Diberi nama Ayden Mikael, bayi berusia lingkungan 5-7 bulan itu mulai menjadi perhatian ramai dek kecomelannya itu.

Malah, para pelakon menerusi drama berkenaan juga turut tidak lepaskan peluang untuk merakam gambar bersamanya.

Ayden yang tampak selesa bergandingan bersama pelakon Mira Filza, menerusi drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 itu.Pada masa sama, ibu bapa Ayden yang dikenali sebagai Kim Anna dan Azhar juga sering berkongsi gambar menerusi Instagram anaknya itu.

Sinopsis drama pujaan hati kanda

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.

Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.

Dalam kesuu litan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Senarai Pelakon

Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara,Sarah Hildebrand sebagai Nadine,Syazwan Zulkifly sebagai Pali, Elisya Sandha sebagai Reena,Mustaqim Bahadon sebagai Kashah

Azar Azmi sebagai Fatimah, Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub, Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah, Reen Rahim sebagai Suria, Taufiq Hanafi sebagai Naim dan Qazem Nor sebagai Rizman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*